Easy Arabic Quran Al-Furqan (EAQ)

Easy Arabic Quran Al-Furqan (EAQ) adalah revolusi terkini pengajian Bahasa Arab Al-Furqan. Sistem pengajian Al-Furqan yang telah berjaya membantu beribu-ribu perserta yang tiada asas dalam bahasa arab untuk memahami alquran. Kini dengan nafas baru, program EAQ ini menawarkan “ kursus pensijilan EAQ atas talian” dengan menggunakan platform yang disediakan oleh Pusat Pendidikan Berterusan UIAM.

Platform program EAQ yang disediakan untuk para peserta adalah merupakan satu pendekatan pembelajaran yang selari dengan perkembangan teknologi terkini bagi memudahkan para peserta yang menyertainya dengan mudah untuk mempalajari dan memahami konsep yang ada dalam program EAQ ini. EAQ juga berhasrat untuk melahirkan Generasi Alquran Bergerak di seluruh pelusuk dunia khususnya di Malaysia.

BAGAIMANA EAQ DIJALANKAN?

  • Kelas diadakan 2 kali pertemuan setiap sesi.
  • Tempoh pengajian online berlangsung selama 3 bulan (1 sesi = 3 bulan)
  • Kaedah pengajian ialah melalui sistem aplikasi online yang direka khas sebagai panduan dan kaedah ini tidak memerlukan hafalan dan kerja rumah.
  • Pelajar boleh terus berinteraksi dengan guru ats talian untuk bertanyakan masalah mengenai pembelajaran.
  • Pelajar wajib menduduki peperiksaan di akhir setiap sesi.

TOP