BENGKEL PENGESANAN PENYALAHGUANAAN DADAH, SUBSTANS DAN ALKOHOL

PENGENALAN
Penagihan dadah di tempat kerja adalah sangat tinggi di Malaysia. Sebanyak 75 % penagih dadah atau substans adalah dari kalangan bekerja termasuk 2% dari kalangan pelajar (Sumber AADK 2016). Justeru itu, isu ini menunjukkan para majikan atau pusat pengajian terlepas pandang atau tidak mengambil inisiatif dalam menyaring para pekerja atau pelajar yang seterusnya akan menyebabkan pihak institusi mengalami kerugian setelah mengambil pekerja baru atau pelajar.

JUSTIFIKASI BENGKEL
Melatih seramai mungkin jurulatih yang boleh mengendalikan inventori yang dibangunkan oleh trainer (Abdul Majid Mohd Isa, PHD) yang membantu pengamal menemukan individu berisiko seterusnya menyediakan wadah untuk membantu organisasi mengambil tindakan susulan.

OBJEKTIF
1.Mengenalpasti jenis-jenis substans, alkohol dan dadah.

2. Menyatakan undang-undang berkaitan penyalahgunaan dadah, substans dan alkohol

3. Menggariskan prosedur-prosedur penting dalam melaksanakan kerja

4. Menjalankan tugasan mengenalpasti penyalahgunaan substans, dadah dan alkohol dengan betul mengikut undang-undang

5. Menggunakan peralatan mengesan dengan betul

6. Mengendalikan pengesanan menggunakan inventori psikometrik

PENGISIAN PROGRAM

  1. Isu undang-undang dan etika
  2. Prosedur pengesanan penyalahgunaan dadah, substans dan alkohol
  3. Mengesan peyalahgunaan dadah , alkohol dan substans
  4. Ujian urin: teori dan praktikal serta pengesahan
  5. Pengenalan dan penggunaan inventori pengesanan penyalahgunaan dadah, substans dan alkohol

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Marketing & Business Development di talian 03-61965445/5456 atau emelkan kepada training@icce.edu.my.

Individu yang berminat sila isikan pendaftaran di link ini https://goo.gl/forms/8tUk3KTUrHYrw0Ed2

TOP